Terima kasih kerana dengan sukarela tampil untuk menderma darah anda. Darah anda dermakan dapat membantu menyelamatkan nyawa. Kami sentiasa berusaha memastikan darah yang diberikan kepada pesakit adalah selamat. Untuk itu semua darah yang didermakan akan diuji untuk mengesan jangkitan Hepatitis B dan C, HIV dan Sifilis. Walaubagaimanapun, ada kalanya ujian-ujian ini gagal mengesan darah yang baru sahaja dijangkiti. Akibat darah yang dijangkiti ini mungkin akan diberikan kepada pesakit tanpa disedari. Oleh sebab itu, bagi membantu kami memastikan darah didermakan adalah selamat untuk digunakan, anda diminta untuk membaca dengan teliti kenyataan di bawah sebelum anda menderma darah.
Anda DIMINTA UNTUK TIDAK MENDERMA DARAH jika anda:
Anda juga diminta supaya JANGAN menderma darah dengan tujuan untuk menguji darah anda. Ujian darah boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan yang berhampiran. Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila bertemu Pegawai Perubatan bertugas untuk bantuan.
"DARAH YANG SELAMAT BERMULA DENGAN SAYA"
SOALSELIDIK KELAYAKAN PENDERMA DARAH
"Mana-mana penderma darah yang didapati memberikan pengakuan yang tidak benar berkaitan dengan tingkah laku gaya hidup mereka yang berisiko tinggi, akan didakwa di Mahkamah mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa"
Sebelum anda teruskan dengan soalselidik ini, sila baca dan fahamkan kenyataan di atas. Jawab soalan-soalan berikut dengan menanda ☑ di kotak jawapan yang bersesuaian
PENGAKUAN DAN KEBENARAN PENDERMA